Kemana arah tuju blog ini?


Pada mulanya saya ingin menulis tentang tips-tips melukis dan freelancing dalam blog ini. Malangnya, jadual kerja yang sangat padat menyebabkan saya tidak dapat siapkan lagi tips-tips melukis dan freelancing.

Kenapa Amin? Sibuk sangat ke?

Yes. Saya sibuk dengan projek klien. Bulan ni (Jun 2021) saya perlu siapkan illustrasi untuk 2 buku cerita, dan beberapa projek "character design" untuk [bxA] permainan kad. 


Untuk menulis blog tentang tips atau tutorial memakan masa lebih dari yang saya sangkakan. Saya dah mula menulis tutorial tetapi masih dalam peringkat draft dan tak boleh "publish" lagi kerana masih belum lengkap. 

Memandangkan saya akan menghabiskan masa yang lama untuk menyiapkan post tentang tips dan tutorial, apa kata saya tulis tentang perjalanan hidup saya? Maka, blog ni akan lebih kepada proses saya dalam mengubahkan diri untuk menjadi manusia yang lebih baik dan sekali sekala saya akan masukkan juga tips dan tutorial apabila sudah siap.

Blog ini akan jadi blog "syok sendiri" lah kan? Hahaha Ya, tepat sekali.

Saya telah pun berhenti dari bermain facebook, instagram dan twitter juga saya telah jarang buka. Minat untuk mebuka aplikasi-aplikasi media sosial sudah mula hilang sedikit demi sedikit. Saya dapat rasakan saya sudah tua sekarang. Saya dah tak pedulikan semua cerita sensasi terkini dan kemungkinan besar saya akan mula membeli surat khabar di 7Eleven untuk dibaca sambil menghirup teh tarik di gerai kegemaran saya pada setiap pagi. (Malangnya sekarang ni lockdown pkp jadi tak dapat minum pagi di gerai tu.)

Oleh sebab itu, saya rasa blog ni satu-satunya tempat untuk saya meluahkan isi hati dan segala yang terpendam di sanubari. Penulisan begini tidak perlu saya habiskan masa yang lama untuk siapkan. Mungkin hanya dalam 30-60 minit sehari. 

Saya akan cuba fokuskan untuk menulis tentang eksperimen atau projek semasa yang akan saya buat dengan berkonsepkan mengubah diri menjadi lebih baik. Kenapa nak jadi baik? Adakah saya jahat? No, saya baik orangnya. Cuma saya seorang insan yang lemah dan sentiasa lalai, tidak fokus dan sentiasa mengabaikan kesihatan. Saya nak ubah diri menjadi lebih baik. Sekarang, saya tidak rasa saya sedang 100% push diri saya untuk jadi diri saya yang "Terbaik". Sukar untuk saya jelaskan sekarang tapi mungkin dengan sentiasa menulis di blog ini, hidup saya akan berubah. 

Menjadi diri saya versi yang terbaik mungkin dapat mengubah ekonomi dan sosial hidup saya ke arah positif. Saya nak "control" hidup saya dan membawa ke arah kebaikan. Saya tidak mahu sentiasa berada di paras sekarang ini, dimana saya rasa sangat rugi dan tidak maju ke hadapan. Let's give it all and move forward!

Semoga Allah permudahkan. Aminnn~

No comments:

Post a Comment