Kehidupan "Simple" yang saya idamkan

Saya idamkan kehidupan yang "simple". "Simple" yang saya maksudkan ialah cara hidup yang normal, sama sahaja dengan orang lain, tetapi dengan tidak melibatkan diri dengan banyak perkara yang tidak perlu. Pening kan baca ayat saya ni? 

Pada saat saya menulis post ini, hidup saya sangat di luar kawalan. Walaupun saya telah berhenti ber-facebook sebulan yang lalu, saya masih lagi [bxA] terjebak dengan twitter, instagram, youtube dan masih lagi tidak dapat meninggalkan ketagihan saya bermain game. 

Saya tak dapat fokus 100% dalam pekerjaan dan perniagaan saya. Banyak masa yang saya sepatutnya boleh gunakan untuk kembangkan business illustrasi saya, tetapi malangnya saya masih gunakan masa yang terluang untuk bermain game, membaca twitter, scrolling instagram sehinggakan tidur malam saya juga tidak teratur dan menyebabkan setiap hari saya akan rasa letih dan tidak bersemangat untuk bekerja. Saya sedar semua ini dan saya mahu berhenti dan "reset" semula hidup saya.

Saya mahu fokus dalam perkara yang boleh meningkatkan kualiti hidup saya sebagai seorang anak, bapa, suami dan seorang pelukis. Sebagai seorang anak, semestinya saya mahu sentiasa ada untuk ibu dan ayah. Alangkah indahnya sekiranya saya dapat memberi mereka duit belanja yang banyak setiap bulan, sekali gus menyenangkan hati mereka yang risaukan keadaan ekonomi anaknya yang tidak teratur ini.

Sebagai seorang bapa pula, saya mahu sentiasa ada masa untuk anak. Jadi sahabat baiknya dan yang paling penting menjadi tempat untuk dia mengadu dan berkongsi masalah. Untuk isteri, saya harap dapat menjadi suami yang terbaik untuknya. Saya mahu beri dia segalanya di dunia ini. Saya nak dia rasa bertuah menjadi isteri saya. Saya taknak terangkan lebih-lebih tentang bab ini, nanti jadi blog jiwang pula. hihihi. Sebagai seorang pelukis, saya mahu kembangkan perniagaan servis illustrasi saya. Tajuk ini akan saya kupas dalam post yang akan datang.

Bagaimana saya mahu capai kehidupan "Simple" yang saya idamkan ini? Saya fikir saya perlukan 2 perkara utama yang boleh membawa saya mencapai cara kehidupan idaman itu. Saya perlu ada DUIT dan MASA. Duit tak perlu banyak berjuta-juta, cuma ada simpanan yang banyak supaya bila terjadinya kecemasan dan apa-apa perkara yang memerlukan duit, saya masih boleh tersenyum sambil beratur di mesin ATM. "Masa" pula bermaksud saya ada banyak masa untuk keluarga, iaitu tidak sibuk dengan kerja. Tapi bagaimana nak banyak duit kalau tidak sibuk bekerja?

Saya belum ada jawapan yang khusus untuk persoalan itu. Saya sendiri pun sedang dalam eksperimen dalam mencari jalan untuk mencapai kehidupan "simple" idaman saya itu. Yang pasti, sebagai permulaan, saya perlu cari apakah aktiviti yang tidak perlu iaitu yang tidak mendatangkan faedah kepada saya. Buang semua aktiviti itu jauh-jauh dan fokus pada perkara yang perlu sahaja. Cuba bayangkan, kalau saya dapat berhenti dari bermain game dan aplikasi online lain yang saya habiskan berjam-jam dalam sehari, mungkin saya saya dapat "save" dan gunakan masa itu untuk bekerja. Itu pasti satu permulaan yang bagus, bukan? Itulah yang saya akan lakukan buat masa ini. 

Saya ada banyak idea di fikiran tetapi masih kabur dan tidak dapat tentukan jalan yang manakah yang dapat membantu saya perbaiki kualiti hidup ini. Masih banyak yang perlu saya belajar dan banyak bacaan dan kajian yang perlu saya buat. Yang penting, saya sudah pun bermula. Semoga ada jawapan di penghujungnya nanti.


No comments:

Post a Comment