Fokus semakin menghilang

Saya sedang cuba yang terbaik untuk fokus pada perkara-perkara penting dan cuba tinggalkan segala perkara yang melalaikan. Saya berhenti ber-facebook, berhenti bermain game dan cuba fokus pada perkara yang akan membantu saya mencapai kehidupan yang lebih baik. Kehidupan yang lebih baik bermaksud dari segi perkerjaan, pendapatan, hubungan dengan keluarga, kesihatan dan sebagainya.

Sudah 2 minggu sejak saya mulakan azam ini. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya berjaya melawan nafsu ketagihan facebook dan gaming. Saya buat blog untuk rekod progress sambil berkongsi ilmu melukis dan freelancing. Dapat luang lebih masa bersama anak dan isteri. Masih banyak lagi perkara yang saya sedang cuba untuk jadikan habit baru, seperti memasak, berkebun dan mendalami ilmu agama. Dan pada hari ini (15 Jun 2021), fokus saya mula hilang.

Saya tak dapat fokus pada kerja[bxA], tak ada mood nak lukis. Deadline dah sangat suntuk dan saya cuba push untuk fokus, tapi badan saya tidak mahu memberi kerjasama. Saya lebih banyak termenung semasa melukis. Saya buang banyak masa menonton video di youtube. Badan saya menolak untuk lakukan apa yang saya mahu. Kenapa jadi macam ni? What is happening?? Why??

Adakah badan saya penat?

Mengubah diri secara mendadak memang bukan satu cara yang terbaik untuk saya berubah. Saya tahu dan sedar tentang hal itu. Kemungkinan terlalu banyak yang saya nak capai dalam masa yang sangat singkat. Banyak aktiviti yang saya mahu lakukan setiap hari. Badan saya tak biasa dan mula penat. Tahap kecergasan fizikal saya sangat rendah. Fokus saya mula menghilang perlahan-lahan dan stress mula kembali kerana produktiviti yang semakin kelaut.

Okay, mungkin itulah sebab utama fokus saya semakin menghilang. Badan atau fizikal saya tak cukup kuat. Sekuat manapun semangat saya untuk berubah, fizikal saya tak dapat menampung atau "terkejut" dengan perubahan ini. Apa yang perlu saya lakukan untuk selamatkan fokus saya sebelum ia betul-betul hilang? 


Tarik nafas panjang-panjang...


Saya akan pentingkan fizikal saya dahulu. Kesihatan, kecergasan dan ketenangan perlu saya utamakan selain daripada kerja atau mencari pendapatan. Saya perlu susun semula perancangan atau planning saya untuk menjadi lebih baik. Malangnya, saya tiada masa untuk itu. Deadline untuk satu projek buku cerita tinggal dalam 5 hari lagi. Mungkin dalam 5 hari ini saya tak dapat nak mulakan perancangan baru yang mengutamakan kesihatan ini. 

Daripada memikirkan perancangan jangka masa panjang, lebih baik saya fokus untuk push projek-projek yang perlu disiapkan pada bulan ini. Mungkin siapkan semua projek sebelum 28hb Jun 2021, dan ambil masa untuk rehat sebelum 1 Julai sambil menyediakan perancangan baru yang lebih baik, tersusun dan tidak terlalu strict untuk fizikal atau badan saya ikuti. Buat masa ini, mari fokus siapkan projek klien-klien dalam masa 2 minggu ini. Let's go!

                             

Saya tak sangka dengan menulis, saya dapat brainstorm untuk mencari penyelesaian yang terbaik dalam sesuatu masalah. Perasaan saya lebih lega sekarang kerana dapat meluahkan segala hal yang berserabut dalam otak ni. Mungkin ini salah satu cara yang baik untuk mengurangkan stress. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menunjukkan salah satu jalan untuk mengurangkan tekanan yang sedang dialami. 

No comments:

Post a Comment