Bismillah

 Assalamualaikum w.b.t.

Pertama sekali, Alhamdulillah syukur kepada Allah, kerana akhirnya dapat juga saya mulakan blog sendiri. 

Nama saya Ahmad Amin Bin Aziman, berumur 33 tahun (saat menulis post ini), anak ke-3 dari 6 beradik (yang hebat-hebat semuanya) dan saya bekerja sebagai pelukis freelance.

 

Tujuan saya mulakan blog ini adalah kerana saya ingin kongsikan [bxA] dunia pekerjaan saya sebagai pelukis illustrasi dan freelance. Saya akan kongsikan bagaimana saya menghasilkan sesuatu karya, cara saya bekerja, tips-tips dan kaedah-kaedah yang saya gunakan dalam bidang ini.

Persoalannya sekarang, kenapa perlu buat blog untuk share semua ni? Bukankah boleh sahaja sekiranya saya kongsikan semua ini melalui facebook dan media sosial yang lain?

Ok, sebenarnya saya sudah lama tidak berfacebook. Malah akaun fb saya telah pun saya delete. Hahaha

Saya dapati personaliti diri saya tidak sesuai dengan media sosial. Saya idamkan kehidupan yang 'simple'. Ada duit dan masa. Pendapatan yang cukup, bebas hutang, ada rumah dan kenderaan sendiri, ada masa untuk anak dan isteri, untuk ibu dan ayah. Itu sahaja, simple.

Penggunaan facebook ni buat hidup saya tidak tenteram. Saya akan sentiasa berfikir apa yang nak saya post di fb pada hari ini. Berapa like yang saya dapat? Kenapa hanya 3 like sedangkan saya ada 4000 friends? Saya akan menjadi tercabar apabila melihat orang lain update artwork mereka, dan bekerja keras untuk hasilkan artwork baru semata-mata nak update di fb. Trending lukisan terkini yang menjadi seolah-olah kewajipan untuk semua orang lukis juga saya usaha untuk siapkan dan dipamerkan kepada semua orang di facebook. Saya akan menghabiskan banyak masa setiap hari semata-mata untuk update di facebook. Situasi yang sama juga saya rasakan semasa menggunakan media sosial yang lain. 

Sehinggalah pada suatu hari saya menonton salah satu episod dari drama korea yang mengeluarkan skrip begini (lebih kurang): "Saya ingin hidup diam-diam di kampung ini. Suasana yang nyaman dan tenteram, dan hidup di dunia yang bukan perlukan kenamaan dan kemewahan."

Saya tersentap, seolah-olah saya terkenang kembali zaman kecil dulu, saya melukis untuk kepuasan hati sendiri, bukan untuk orang lain. Mulai dari situ, saya mula menganalisa hidup saya. Apa yang saya buat setiap hari, apa yang sepatutnya saya fokus. Apakah impian hidup saya yang sebenarnya?

Jawapannya "simple". Saya nak hidup yang "simple". Saya akan berbincang lebih dalam lagi tentang kehidupan"simple" yang saya maksudkan dalam post yang seterusnya.

Harapan saya, memalui blog ini, saya akan share ilmu-ilmu melukis dan freelancing yang saya pelajari dari tahun 2010. Dan semoga ilmu-ilmu ini dapat sampai kepada mereka yang memerlukan untuk mengubah hidup mereka dan menjadi jalan untuk sumber pendapatan dan sekali gus memberi kebahagiaan kepada keluarga mereka. Aminnn..


No comments:

Post a Comment